tanduk II

~ batu sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Gouania javanica;

tanduk-tanduk
1. sejenis tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia cylindrocarpa;

2. sejenis tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak, Evartamia hirta;

3. sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang, Strophanthus dichotomus.

tanduri

masakan ayam, daging dan sebagainya cara India yang dimasak di atas bara arang di dalam ketuhar tanah liat:
ayam ~.

tandus

1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah);
padang ~ padang yang tidak ada tanamannya;

2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dan lain-lain);

menanduskan menyebabkan tandus;

ketandusan
1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali:
Dilema Melayu ditulis dalam masa ~ daya dan kepapaan bangsa;

2. telah habis langsung (berkenaan (dengan) idea, modal, bakat dan sebagainya), mengalami keadaan tandus, kehabisan:
universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat;
benarkah beliau telah diperalatkan oleh kumpulan serpihan yang sudah ~ idea perjuangan.

tanfiziah

[Arab];

lajnah ~ badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu pertubuhan dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

tang II

[arkaik] [kependekan] dari tentang (yang dimaksudkan tempat);
~ mana di (dekat) mana.