syair

1. sejenis karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri daripada empat baris yang sama bunyi hujungnya):
~ Burung Pungguk;

2. sajak, puisi;

bersyair
1. (sedang) menggubah syair;

2. membaca syair dengan berlagu:
ramai orang yang mengambil bahagian dalam peraduan bersyarah, bersajak, dan lain-lain;

mensyairkan ark
1. mengarang syair;

2. membaca syair dengan berlagu, melagukan syair;

pensyair penyair;

penyair orang yang mengarang syair (sajak), pujangga.

kepenyairan segala hal yang berhubungan dengan penyair:
nilai tradisi yang teguh dengan keagamaan dalam tingkat-tingkat ~.

syaitan

sejenis makhluk halus yang jahat (menggalakkan orang membuat kejahatan dan sebagainya);

kesyaitanan seperti syaitan:
ia bersifat menghina manusia yang korup dan bersifat ~;?

setan.

syajar

~ khuldi [Arab] sejenis pokok di syurga (siapa yang memakan buahnya akan hidup kekal).

syak

rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dan sebagainya;
menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai;
tidak ~ lagi yakin benar, tentu;
~ hati kurang percaya, curiga;
~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi;
~ walang susah hati, khuatir;
~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah (peribahasa) jangan banyak sangka, bekerja dengan yakin kerana dengan keyakinan sahaja maksud akan tercapai;

mengesyaki
1. menaruh syak pada, berasa sangsi pada, mencurigai:
ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yang buruk sedang berlaku;

2. menyangka, menduga:
Kamal disyaki lari mengikut Komunis.