suak III

[arkaik] tidak jadi, tidak berhasil, batal, gagal, urung;
minta ~ [Minangkabau]
a) minta dibatalkan atau dibebaskan daripada denda yang dijatuhkan;
b) minta dikembalikan sedikit daripada wang denda yang dijatuhkan;
belum pernah ~
a) belum pernah batal;
b) selalu.

suak IV

= ~ rambut belah rambut yang disikat atau disiah ke kiri atau ke kanan:
dia membuat ~ rambut isterinya dengan menggunakan duri landak;

menyuak membelah atau menyiah (rambut).

suaka

[sastera lama] tempat berlindung atau menumpang (hidup);
~ politik (Undang-undang) perlindungan daripada tekanan politik atau kezaliman yang diberikan oleh sesebuah negara kepada rakyat asing yang lari dari negaranya;

bersuaka berlindung (menumpang) hidup pada:
jika demikian, baik aku ~ pada Bendahara Seri Buana.

suam

tidak terlalu panas, hangat:
tuang sedikit air ~ supaya semua garam itu larut;
~-~ kuku
tidak berapa panas (air);
badannya ~-~ badannya agak panas (kerana demam), dedar;

kesuaman rasa hangat:
kasih sayang, dakapan mesra sambil merasai ~ tubuh ibu.

suami

orang (lelaki) yang dikahwini seseorang perempuan, laki, lawan isteri:
banyak lagi orang muda di kampung ini yang padan menjadi ~nya;
~ isteri
laki bini;

bersuami mempunyai suami, sudah berkahwin (perempuan):
jikalau begitu sudah patutlah engkau ~;

bersuamikan mempunyai seseorang sebagai suami, berkahwin dengan (perempuan):
anak jarahan itu tidak patut ~ tuan;
dia yang ~ ahli perniagaan juga terpaksa berdepan dengan masalah keluarga;

mempersuami menjadikan suami;

mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan):
sekarang ayahanda hendak ~ anakanda dengan orang ini.

suang

mudah, senang, lekas;
~ pecah mudah (senang) pecah;
tak ~ = tak ~ -~
a) tidak mudah, tidak lekas;
b) tidak putus-putus, sentiasa.

suangi I

1. sejenis hantu yang jahat;
burung ~ burung hantu;

2. pawang (dukun) yang mendapat pertolongan daripada hantu.