berkenaan dengan bunyi yang dirakam dan disiarkan melalui pembesar suara dan berbunyi seperti datang dari beberapa hala.
stereometri
(Fizik) ilmu ukur ruang atau isi padu (benda pejal).
stereoskop
(Fizik) alat yang dengannya dua keping gambar yang diambil dari sudut yang berlainan sedikit kelihatan seolah-olah bersatu dan timbul, teropong stereo.
stereoskopi
pandangan atau rupa objek dalam atau seolah-olah dalam tiga demensi.
stereotaip
tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dan sebagainya yang baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yang sering kali kedapatan (kedengaran dan sebagainya):
pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional;
temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan;
menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu:
bahasa yang ~ golongan wanita sebagai golongan lemah, sebagai suri rumah dan sebagainya.
steril
1. terpelihara (bebas, bersih) daripada kuman atau hama;
2. [Indonesia] tidak subur, tidak dapat beranak atau berbuah, mandul;
mensteril menjadikan steril (bebas daripada kuman):
gunakan jarum atau pin yang sudah disteril;
kesterilan perihal atau keadaan steril;
pensterilan perihal (perbuatan dan sebagainya) menjadikan steril, sterilisasi;
pensteril alat untuk mensteril:
~ alat-alat bedah dan sebagainya.
sterilisasi
perihal (perbuatan dan sebagainya) menjadikan steril, pensterilan.
sterling
1. piawai (wang, logam murni);
2. mata wang Inggeris yang piawai;
wang (paun) ~ sejenis mata wang Inggeris.
sternum
(Biologi) tulang yang terletak pada garis tengah dada vertebrat (pada vertebrat peringkat tinggi, seperti mamalia, tulang ini merupakan tempat bersambungnya tulang rusuk).
steroid
(Kimia) sebatian organik yang mempunyai struktur gelang tertentu dan terdapat semula jadi dalam tumbuhan dan haiwan, termasuk sesetengah hormon dan vitamin:
Ben Johnson didapati positif menggunakan ~ dalam acara 100 meter di Sukan Olimpik Seoul.