SSM I

[kependekan] Seri Setia Mahkota (pingat kelas satu dalam Darjah Yang Mulia Seri Mahkota Malaysia, pemegangnya disebut Tun dan isterinya Toh Puan).

SSM II

[kependekan] Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yang menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yang berteraskan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf.

stabil

1. tidak berubah-ubah atau turun naik dan sebagainya dengan kerapnya (berkenaan (dengan) harga dan lain-lain);

2. tidak bergoyang ( berkenaan kenderaan dan lain-lain);

3. mantap, kukuh, tenang, tidak bergolak (berkenaan (dengan) keadaan politik dan sebagainya):
politik yang ~;

menstabilkan menjadikan stabil (tidak berubah-ubah, tenang, mantap), memantapkan;
menjual sedikit-sedikit untuk ~ harga, jangan membanjiri pasar dengan sekali gus;

kestabilan perihal atau keadaan stabil (ekonomi dan lain-lain) kemantapan, stabiliti:
kerajaan perlu sekali mengawal dasar kewangannya bagi menjaga ~ kewangan negara;

ketidakstabilan perihal atau keadaan tidak stabil:
salah satu punca utama masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia;

penstabilan proses (usaha, tindakan) menstabilkan (ekonomi, harga, dan lain-lain), stabilisasi, pemantapan;

penstabil alat (faktor dan lain-lain) untuk menstabilkan (ekonomi, harga, dan lain-lain), pemantap.

stabil II

(Seni Lukis) arca pegun berbentuk abstrak yang biasanya diperbuat daripada dawai, kepingan logam dan sebagainya.

stabiliti

keadaan stabil, kestabilan, kemantapan:
untuk menjamin ~ negara, perancangan keluarga mesti dijalankan.

stadium

gelanggang olahraga yang besar dikelilingi oleh tempat duduk bertingkat-tingkat:
~ bola sepak;
~ hoki.