siuk

[Minangkabau];

menyiuk menyedut atau menarik nafas dengan mulut (kerana kesakitan, kepedasan, dan lain-lain);
siapa luka siapa ~, siapa sakit siapa mengaduh = siapa sakit siapa ~ (peribahasa) siapa yang terasa apabila disindir, maka dialah yang bersalah.

siul I

= siulan
1. bunyi (seperti bunyi suling) yang dibuat dengan menghembuskan angin melalui mulut yang disempitkan;

2. bunyi burung, desis ular:
aku terdengar ~ burung dara yang menyanyikan lagu bahagia;

bersiul
1. membuat bun

siul II

sejenis burung;
~ bertam, Melanoperdix nigra;
~ bukit, Arborophila torquelo;
~ jambul
, Rollulus roulroul.

siuman

1. ingat atau sedar kembali (dari pengsan, mabuk, terperanjat, dan lain-lain):
dia masih belum ~ daripada terperanjatnya;

2. waras (fikiran, ingatan), tidak gila:
orang yang tidak ~;

kesiuman keadaan siuman;

ketidaksiuman keadaan tidak siuman.

siung I

gigi) taring:
gementarlah segala anggotanya melihat ~nya bota dan raksasa itu;

bersiung bertaring.

siung III

bunyi seperti bunyi lebah terbang (peluru melayang dan lain-lain), dengung;

bersiung, bersiung-siung, bersiung-siungan berbunyi siung (seperti lebah terbang dan lain-lain):
di udara ~-siung peluru;
peluru ~-siungan, meriam dan bom tangan berdentuman membelah kesunyian.

siut I

1. bunyi seperti bunyi wisel yang nyaring;

2. bunyi seperti bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dan lain-lain);

3. bunyi seperti bunyi rotan dan lain-lain disebatkan di udara;

4. bunyi seperti bunyi api disiram dengan air;

bersiut berbunyi siut, berbunyi seperti orang menyiuk (kerana kepedasan dan lain-lain);

siutan bunyi siut yang berkali-kali.