imej atau gambar seseorang atau sesuatu dalam bentuk bayang.
siluk
sejenis tumbuhan (pokok), kayu gambir, tapis kunyit, Gironniera subae qualis.
siluman
1. orang halus, orang bunian;
2. [kiasan] tidak kelihatan, tersembunyi, ghaib.
silungkang
sejenis tenunan (dari Silungkang).
silvik
kajian terhadap sejarah hidup dan ciri am pokok hutan serta kepadatan pokok sebagai asas bagi silvikultur.
silvikultur
cabang perhutanan yang berkaitan dengan sistem pembangunan, pemeliharaan dan penghutanan semula kawasan balak berdasarkan pengetahuan silvik.
simaung
[Minangkabau] kepayang.
simbah I
bersimbah
1. basah (kerana disirami air, peluh, dan lain-lain), kuyup:
mukanya kian lama semakin pucat penuh ~ peluh dingin;
2. berlumuran (darah);
menyimbah
1. menyiram (dengan air dan lain-lain hingga basah), memerciki, menyimbur:
kadang-kadang disimbahnya air ke perahu kawan yang berselisih;
sanggupkah kau melihat darah merah ~ bumi?
2. keluar dengan banyaknya (peluh):
keringat dinginnya juga telah ~ di dahinya;
simbah II
[Minangkabau];
bersimbah ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dan lain-lain), disiah(kan), disingsingkan:
ada yang berlari sambil ~ kain;
menyimbah, menyimbahkan
1. menyingsingkan (kain, baju, dan lain-lain);
2. menyelak, menyingkap:
~ kelambu;
tersimbah tersingsing, terselak, tersingkap.
simbahan
curahan.