semarak I

1. seri, cahaya;

2. [kiasan] kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan:
menjadi ~ bangsa dan negara;

bersemarak
1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang:
lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota;

2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dan lain-lain:
malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus;
sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya;

3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi:
sebagai api itulah ~ cintanya kepadaku;

menyemarakkan
1.menjadikan bersemarak, menggembirakan, menyerikan:
kalau ada perayaan, Ramli pun dipanggil untuk ~ perayaan tersebut;

2. membangkitkan semangat:
bayangan cita-cita yang indah akan ~ semangat;

kesemarakan keadaan semarak:
~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran untuk diluahkan;

penyemarakan perihal (proses dan lain-lain) menyemarakkan.

penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dan sebagainya) yang menyemarakkan:
kemenangan ini merupakan ~ semangat yang sangat dicari-cari.

semat

benda (jarum peniti, peniti cantil, dan lain-lain) yang digunakan untuk mencucuk dua benda yang hendak dicantumkan;

menyemat mencantumkan dua benda dengan semat, menusukkan semat (supaya bercantum dan lain-lain):
ibu sedang ~ atap;

menyematkan
1. mencantumkan (dua benda) dengan semat:
sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pada satu bongkah kayu;

2. meletakkan dengan semat:
Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka;

3. mencucukkan sesuatu sebagai semat:
lilitkan benang ini pada kepala dan hujung peniti yang disematkan menegak;

4. [kiasan] menyertakan, melampirkan:
bersama surat ini disematkan sekeping cek untuk ayahanda;

tersemat
1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum:
di dadanya ~ sebuah pingat yang menjadi kebanggaannya;

2. [kiasan] terletak, terpateri (dalam hati, ingatan, dan lain-lain), terasa:
tidak seorang pun antara kawan-kawannya yang mengetahui apa yang ~ di hatinya itu;

sematan
1. sesuatu yang disemat atau disematkan;

2. lampiran, tambahan (yang disertakan);

penyematan perihal menyemat atau menyematkan;

penyemat alat untuk menyemat:
jarum ~.

semayam

bersemayam bd
1. duduk (di atas takhta, singgahsana):
pada ketika itu, baginda kedua-dua laki isteri ada hadir ~ di atas peterana yang keemasan;

2. tinggal, berkediaman di:
maka akhirnya istana itu terbakar, kemudian berpindah pula baginda itu ke Riau, ~ di Riau;

menyemayami bersemayam di, berkediaman di, mendiami:
hari ini hanya tinggal enam buah istana sahaja yang masih wujud dan tiada sebuah pun yang disemayami oleh raja;

menyemayamkan mendudukkan (di atas takhta, singgahsana):
maka disambut oleh temenggung tangan baginda dan disemayamkan ke atas singgahsana takhta kerajaan;

persemayaman tempat-tempat bersemayam (duduk, tinggal):
Shah Alam ialah tempat ~ Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.