seluloid

sejenis benda plastik yang diperbuat daripada selulosa nitrat dan dicampur kapur barus.

selulosa

(Biologi) rangkaian unit glukosa yang terdapat pada dinding sel tumbuh-tumbuhan (digunakan dalam perusahaan kertas, rayon, getah tiruan, dan lain-lain).

selulur

[arkaik];

terselulur tergelincir, tergelongsor:
apabila dirasainya akan ~ maka direntakkannya pinggang gajah itu dengan isyarat.

selumar

1. sejenis tumbuhan (pokok), merbuluh merah, Jackia ornata;

2. sejenis tumbuhan (pokok), malabera (melabira) bukit, Mussaendopsis beccariana.

selumbar I

serpihan kayu (duri nibung, buluh, dan lain-lain) yang halus dan tajam:
maka tubuhnya pun habis dipalut ~, tampak mata sahaja.