baring

berbaring
1. merebahkan badan pada sesuatu (seperti katil, bangku panjang, dan sebagainya) biasanya dalam keadaan menelentang:
membaca buku sambil ~ di atas sofa;
~ mengiring
berbaring dengan sisi tubuh kena pada lantai dan sebagainya;

2. = berbaring-baring merebahkan badan seperti keadaan ketika tidur (untuk merehat-rehatkan badan):
selepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya;

bersebaringan berbaring bersama-sama di tempat yang sama;

membaringkan meletakkan badan dalam keadaan berbaring:
perempuan itu ~ anaknya di atas tikar;

terbaring terletak (berada) dalam keadaan berbaring:
sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan;

perbaringan tempat berbaring (seperti katil, pangkin, tilam, dan sebagainya):
ketika itu aku di ~ kerana diserang demam kepialu.

baris

1. banjar atau deret yang merupakan garis lurus (pokok, huruf, dan lain-lain):
dia menangis setelah membaca dua tiga ~;

2. [arkaik] = barisan pasukan;
~ Sipahi;

3. [bahasa percakapan] = berbaris:
askar itu sedang ~;

4. garis, gores:
perkataan yang diturunkan pada kad harus dibubuh ~ di bawahnya;

5. tanda vokal dalam bahasa Arab;
~ di atas fathah;
~ di bawah kasrah;
~ di hadapan dammah;

6. = ~ sajak deret (untaian) kata-kata yang merupakan satu bahagian daripada bait dalam sajak;
~ gilir (Komputer) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dan lain-lain yang tersusun dalam satu baris untuk diproses satu persatu;
~ laksamana garisan yang dianggap mempunyai hikmat;
~ mati tanda bunyi mati;

sebaris (berada) dalam satu baris, sederet:
rumahnya terletak ~ dengan rumah kakak iparnya;

menyebariskan menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris:
~ ubin di sepanjang tepi tembok;

penyebarisan perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) menyebariskan;

berbaris
1. tersusun dalam baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar:
di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah;

2. berdiri (berjalan dan sebagainya) beramai-ramai dalam baris tertentu:
mereka sedang belajar ~;

3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris:
ayat yang ~ di bawahnya;

membaris
1. [sastera lama] berdiri (berjalan dan sebagainya) beramai-ramai dalam baris yang tertentu;

2. merupakan baris;

3. menembak:
kemudian ditariknya meriam, dibarisnya kepada Panglima Selampit;

membarisi
1. berdiri (berjalan dan sebagainya) dalam baris-baris tertentu:
orang ramai ~ jalan untuk melihat perarakan itu;

2. berada dalam deretan:
beberapa biji jerawat ~ hidungnya;

membariskan
1. menyusun (mengatur) dalam barisan;

2. menyuruh (melatih) berjalan dalam barisan;

3. membuat baris dengan sesuatu:
ia ~ dakwat merah di buku itu;

4. membubuh (meletakkan) baris (pada tulisan Arab):
~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca;

5. mengemukakan:
pengarah itu ~ artis-artis baru dalam filem arahannya;
ia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi
;

barisan
1. banjaran, deretan, jajaran:
~ bukit;

2. pasukan:
~ pemain Malaysia;
~ penyerang;

3. pertubuhan (pergerakan) yang ditubuhkan dengan tujuan dan peranan yang tertentu;
B~ Pembebasan Palestin;
~ belakang
pasukan yang berada di garis belakang pertempuran;
~ depan pasukan yang berada di garis depan pertempuran;
~ kehormatan pasukan untuk menghormati kedatangan orang besar;
~ pemadam kebakaran [Indonesia] pasukan ahli bomba;
~ teras [Indonesia] pasukan induk;

perbarisan
1. perihal berbaris:
upacara ~ tamat latihan tentera;

2. kumpulan orang yang berbaris:
memeriksa ~;
~ raksasa;
~ raksasa
perbarisan yang diadakan secara besar-besaran;

pembaris = kayu ~ kayu lurus bersenggat yang dipakai untuk membuat baris atau mengukur sesuatu.

barli

1. tumbuhan bak pokok padi, yang ditanam untuk bijirin dan makanan ternak;

2. bijirin yang dihasilkan oleh tumbuhan ini, digunakan untuk membuat bir, wiski, dan lain-lain.

barok

gaya yang halus dan indah, terutamanya dalam seni bina, seni lukis, muzik dan sebagainya, yang sangat popular di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18.

barometer

1. alat untuk menyukat tekanan udara, jangka tekanan;

2. [kiasan] sesuatu yang dijadikan ukuran bagi mengetahui perubahan atau perkembangan sesuatu (situasi, pendapat umum, harga pasaran dan sebagainya):
gagasan itu dijadikan ~ untuk mengukur sama ada sesebuah negara itu bermusuhan atau sebaliknya;
perkembangan terbaru dalam arena politik mewujudkan ~ baru tentang perpaduan antara wilayah di negara itu.