apa

1. kata untuk menanyakan nama (jenis, sifat, dan lain-lain) sesuatu:
~ yang kaubeli tadi?

2. pengganti sesuatu yang kurang tentu (kurang terang):
tidak terdengar ~ yang kaucakapkan;

3. = ~lah kata untuk menghaluskan suruhan:
belikan ~ saya sebungkus rokok;

4. = ~kah kata untuk menanyakan sesuatu (bukan manusia):
~ kereta itu rosak?

5. atau:
ya ~ tidak;
~ akal
bagaimana akal, apa yang harus dibuat;
~ boleh buat apa yang hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi;
~ daya tidak ada kuasa lagi;
~ khabar
a) bagaimana keadaanmu;
b) ada khabar barukah;
~ lacur [Indonesia] ya bagaimana lagi (apa boleh buat);
~ macam apa khabar;
~ pasal apa sebab;
~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu;
~ tidaknya memang ya;
~ ubahnya serupa;
kena ~
a) apa yang dialami atau dideritai;
b) mengapa, kenapa;

apatah lebih-lebih lagi, apalagi:
saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yang miskin itu;

apa-apa
1. barang apa, segala apa, segala sesuatu:
tidak memberikan ~ perhatian;

2. sesuatu:
ada ~ yang ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini?

berapa kata yang menanyakan banyaknya;

mengapa
1. apa sebab, kena apa:
~ kamu berhati dengki?

2. apa yang diperbuat:
~ kamu di dalam bilik itu?

mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap:
diapainya maka ia menangis?

mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan
1. melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan:
tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya;

2. melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap:
akan kutuntut bela kepada raja yang mempengapakan suamiku;
dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai.

apabila

semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala:
~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan;
dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yang semakin tenat.

apalagi

lebih-lebih (lagi), terlebih-lebih pula, tambahan pula, apatah lagi:
dengan kereta saja ia sudah mabuk, ~ dengan kapal terbang.

apam

sejenis penganan yang biasanya dibuat daripada tepung beras yang dicampurkan dengan ibu roti dan dikukus;
~ balik sejenis apam yang dibakar dan ditaburi kacang, gula, dan sebagainya di atasnya dan dilipat dua;
~ dewa = ~ lenggang apam yang dibakar dengan melenggangkannya dalam sejenis belanga;
~ Malaysia sejenis apam yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dan sebagainya dan dikukus;
~ mangkuk sejenis apam yang dikukus dalam mangkuk-mangkuk kecil;
~ manis sejenis apam yang berwarna-warni yang dibuat daripada campuran tepung beras, aiskrim soda, dan sebagainya dan dikukus;

mengapam
1. memasak apam;

2. menyerupai apam.

apar

[Minangkabau] tempat tukang besi bekerja, dapur tukang besi;
kampung ~ kampung pandai besi.

aparteid

dasar membezakan warna kulit (biasanya antara kulit putih dengan kulit hitam), dasar diskriminasi terhadap orang berkulit hitam (di Afrika Selatan).