1. arah aliran yang diikuti atau yang menjadi seperti landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dan lain-lain):
sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yang berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu;
2. kegiatan (peninjauan dan sebagainya) yang menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dan lain-lain):
pada hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kepada pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yang kita letakkan pada mereka;
berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dan sebagainya (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan dan lain-lain);
berorientasikan mempunyai sebagai orientasi, berasaskan sesuatu orientasi:
industri-industri yang ~ eksport;
sistem pendidikan yang ~ peperiksaan;
sebuah karya Melayu yang ~ tradisi Arab;
strategi ekonomi yang ~ pertumbuhan;
mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dan sebagainya) kepada sesuatu atau untuk mencapai sesuatu:
diperlukan latihan semula atau latihan dalam perkhidmatan untuk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan untuk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar.