tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yang mencemarkan), bersih benar, suci, tulen:
 aku bekerja kuat dan rajin dengan mendapat semangat dan perangsang daripada cita-cita yang ~ dalam hatiku; 
kemanakan dia telah mengirim bingkisan permata ~;
 memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan:
 agama itu benar-benar dipergunakan untuk ~ rohani manusia;
 kemurnian perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan:
 ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yang sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; 
mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu;
 pemurnian perihal atau perbuatan memurnikan:
 ada baiknya masalah ~ bahasa menjadi pokok perhatian dalam seminar ini;
pemurni orang yang sangat mementingkan ketelitian dan ketepatan, terutamanya dalam cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yang betul dan sebagainya.