warna seperti warna darah;
~-~ bahasa agak merah;
~ darah merah seperti darah;
~ jambu = ~ muda merah keputih-putihan;
~ kesumba merah tua;
~ lembayung merah bercampur ungu;
~ marak = ~ menjahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah;
~ muka kemalu-maluan;
~ padam merah seperti bunga teratai (warna muka ketika marah);
~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dan lain-lain);
~ pulasan merah seperti kulit buah pulasan masak;
~ saga warna merah seperti biji saga;
~ telinga marah;
~ telur bahagian dalam telur yang berwarna merah kekuning-kuningan;
~ tua merah kehitam-hitaman;
di luar ~, di dalam pahit (peribahasa) janganlah percaya akan perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yang busuk;
bermerah ~ muka ki bertengkar (berhujah dan lain-lain) seperti akan berkelahi;
memerah menjadi merah:
panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~;
memerahi membubuh warna merah pada, mewarnai merah:
pipinya dimerahi dengan gincu, pinggangnya diikat ramping-ramping;
memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah;
~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah);
kemerahan keadaan merah;
kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah:
lapisan yang ~;
pemerah sesuatu (bahan dan lain-lain) yang menjadikan sesuatu lain berwarna merah;
~ pipi bahan solek untuk memerahkan pipi.