1. rasa seperti rasa cuka, asam:
kuman-kuman menjadikan susu itu ~;
mukanya berkerut kerana memakan buah yang ~;
2. tidak jernih (muka) kerana marah dan lain-lain, bersut, merengus, merengut:
mukanya ~ setelah dimarahi oleh bapanya;
~ catung sangat masam (berkenaan (dengan) muka);
~ kucam masam sungguh;
~ pahit [Kedah] terlalu masam.
~ bagai nikah tak suka (peribahasa) berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya;
bermasam ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dan lain-lain), tidak bertegur sapa;
memasam menjadi masam:
susu ini mulai ~;
memasamkan menjadikan masam:
dia menjeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya;
kemasaman keadaan masam:
cuka mempunyai kadar ~ sehingga 95%;
kemasam-masaman, masam-masaman agak masam.