malang

1. letaknya melintang (mengalang):
pada tiap-tiap sawah terlihatlah beberapa tali ~ melintang;

2. nasib yang tidak baik (tidak beruntung), celaka, sial:
tolonglah hamba yang ~ ini;

3. = malangnya dikesalkan sedikit, dukacita:
~ nya kebanyakan orang yang terkena penyakit itu tidak mahu berjumpa doktor;
~ celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang
(peribahasa) hal orang yang malang sewaktu sampai maksud yang kedua yang sudah di tangan hilang pula;
~ tak berbau (peribahasa) kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya;
~ tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih (peribahasa) nasib buruk tidak dapat dielakkan begitu juga nasib baik tidak boleh dicari-cari;

memalangi [arkaik] menghormati, menyegani:
di kalangan penduduk kampung itu, dia sangat dimalangi;

kemalangan
1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan:
abang engkau telah terlibat dalam satu ~ kereta di utara Semenanjung;

2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan:
kalau-kalau ada antara kawan-kawan yang ~ dalam masa ribut besar semalam itu;
mendapat ~ mendapat celaka (seperti luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dari pohon, dan lain-lain).

berkongsi