mak I

1. singkatan bagi emak;
sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa untuk menjadi seorang ibu;

2. panggilan atau sebutan untuk orang perempuan yang lebih tua (yang ada hubungan kekeluargaan atau yang kerana umurnya patut dipanggil ibu):
~ andam
a) perempuan yang mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan;
b) perempuan yang kerjanya menghias pengantin perempuan;
~ angkat = ~ pungut [Indonesia] perempuan yang mengambil serta memelihara anak orang seperti memelihara anaknya sendiri, ibu angkat;
~ bonda perempuan tua yang berlagak seperti orang muda;
~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kepada ibu atau kepada bapa yang bongsu;
~ buyung
a) perempuan yang suka bercerita (terutama kepada kanak-kanak);
b) sebutan kepada perempuan hamil;
c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda;
~ cik (kecil)
a) mak muda, bibi;
b) panggilan kepada perempuan (yang bukan berkeluarga dengan kita) yang sudah separuh umur;
~ kopek (tetek) inang pengasuh;
~ labu perempuan yang sedang mengandung ~ long emak saudara yang sulung;
~ mek [Kedah] isteri;
~ mentua ibu kepada isteri atau suami;
~ muda (da, uda)
a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil;
b) isteri yang muda;
~ nam singkatan dari sebutan mak andam;
~ ngah (tengah) saudara perempuan ibu atau bapa yang tengah;
~ nyah [bahasa percakapan] panggilan kepada golongan pondan;
~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa;
~ tiri ibu tiri;
~ tua (wa)
a) saudara perempuan ibu atau bapa yang lebih tua;
b) isteri bapa yang tua;

= emak.

berkongsi