1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dan lain-lain):
guru menyuruh murid-murid yang bertutur itu supaya ~ sedikit;
tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan;
2. bertambah baik keadaannya (dalam pelajaran, perniagaan, dan lain-lain):
perusahaan Pak Ali kelihatannya ~;
bagaimana hendak ~ kalau engkau malas belajar;
3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dan lain-lain):
negeri-negeri yang telah ~ seperti Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yang masih mundur;
4. [Indonesia] lulus (dalam peperiksaan, ujian):
siapa bilang aku ~ dalam ujian itu? ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur;
memajukan
1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan:
tolong majukan sedikit tikar itu;
2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dan lain-lain), memperluas, memperkembangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dan lain-lain):
kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur;
segala langkah telah diambil untuk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini;
3. menjadikan lebih baik (sempurna dan lain-lain), membaiki, memperelokkan:
ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dalam tahun 1910;
4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dan lain-lain) untuk dipertimbangkan dan sebagainya, mengemukakan pendapat dan sebagainya:
setelah dipersetujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen untuk dibahaskan;
tuntutan yang dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan;
5. [Indonesia] membuat supaya lulus (dalam peperiksaan), meluluskan;
kemajuan perihal maju (taraf hidup dan lain-lain):
~ yang tercapai dalam masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan;
~ material kemajuan yang berkaitan dengan aspek kebendaan (seperti kemajuan ekonomi);
~ rohaniah kemajuan yang berkaitan dengan aspek kerohanian (seperti etika, moral, dan sebagainya);
pemajuan perihal atau perbuatan memajukan;
pemaju orang (syarikat dan sebagainya) yang memajukan (membangunkan, mengusahakan, dan sebagainya) sesuatu kawasan (tanah dan sebagainya);
~ perumahan orang atau syarikat yang membina rumah kediaman, rumah kedai, dan sebagainya di sesuatu kawasan untuk dijual kepada orang ramai.