lucut I

melucut terlepas daripada pegangan (genggaman dan lain-lain), luncur;

melucuti
1. mengambil senjata daripada genggaman, merampas:
mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya;

2. [kiasan] melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dan sebagainya):
dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain;
negara itu telah dilucuti taringnya;

melucuntukan
1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dan lain-lain), melepaskan (tali, ikatan, dan lain-lain), meluluskan (gelang, cincin, dan lain-lain):
dengan gopoh, ia ~ pakaiannya;
~ orang daripada bahaya maut;
gelang emas di tangan dilucuntukannya;

2. [kiasan] menarik balik, mencabut balik, memansuhkan;
~ jawatan memberhentikan (daripada jawatan), memecat;
~ kerakyatan menarik balik kerakyatan;

terlucut terlepas (daripada pegangan, genggaman, ikatan, dan lain-lain):
kayu itu ~ daripada genggamannya;
orang berhutang tidak ~ daripada tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan;

perlucutan pelucutan;

pelucutan perihal (proses, tindakan dan sebagainya) melucuti atau melucuntukan:
~ senjata;
~ jawatan;

~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dan sebagainya) jawatan yang sedang disandang oleh seseorang, pemecatan;
~ senjata
a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata daripada seseorang atau sesuatu kumpulan;
b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara;

pelucut alat untuk melucuntukan sesuatu;
~ dawai pelurut dawai.

berkongsi