limau

sejenis tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya);
~ abung = ~ bali sejenis tumbuhan (pokok), Citrus maxima;
~ besar
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus grandis;
~ cuwit
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa;
~ hantu
sejenis tumbuhan (pokok),
a) Citrus macroptera;
b) Atalantia spinosa;
c) Gelonium glomeratum;
~ hijau
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus suhuiens;
~ kapas
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus aurantifolia;
~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik)
sejenis tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia;
~ kesturi
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa;
~ kesturi bukit (pagar)
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus swinglei;
~ kiah (kikir, kingkip, kingkit)
sejenis tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia;
~ kopek
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus suhuiensis;
~ langir
air yang dicampur dengan kulit limau (purut) dan bunga-bungaan untuk berlangir;
lelang (lilang) sejenis tumbuhan (pokok), Paramignya angulata;
~ manis
sejenis tumbuhan (pokok), Citrus nobilis, Citrus suhuiensis;
~ mata kerbau
= ~ nipis (kapas, susu),
a) Citrus medica;
b) Citrus aurantifolia; ~ purut sejenis tumbuhan (pokok), Citrus hystrix;
~ masak sebelah, perahu karam sekerat (peribahasa) hukuman atau aturan yang tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan);
mengajar ~ berduri (peribahasa) mengajar orang yang telah pandai;
seperti ~ masak seulas (peribahasa) mempunyai kelebihan daripada orang lain;

berlimau mandi dengan air yang telah dicampur dengan kulit limau dan bunga-bungaan:
sudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup kasai yang tujuh;

melimaui
1. menyirami (memandikan) dengan air limau;

2. [kiasan] mencerca orang lain;

pelimau [arkaik] rumah tempat mandi berlimau (biasanya untuk raja-raja bersiram).

berkongsi