lima I

(bilangan yang besarnya sama dengan) empat ditambah satu:
~ belas 15;
~ puluh 50;
~ ratus 500;
~ besar
a) lima negara yang berkuasa;
b) lima orang dan lain-lain yang berpengaruh;
~ segi sesuatu (rajah dan lain-lain) yang mempunyai lima segi;
dua kali ~ = seperti ~ belas dengan tengah dua puluh (peribahasa) sama sahaja;

berlima lima (orang dan lain-lain) bersama-sama, lima (orang dan lain-lain) semuanya:
mereka yang ~ itu pernah berselisih faham dengannya;

kelima yang nombor lima;

kelima-lima lima-lima sekali, lima semuanya;

perlima dibahagi lima (bahagian);
se~ satu bahagian daripada benda yang dibahagi lima.

berkongsi