lilit

1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dan lain-lain), sesuatu yang membelit (ikatan dan lain-lain), belit:
jahitan itu dimatikan dengan menyimpulkan benang tiga ~;

2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dan lain-lain):
~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24,900 batu atau 39,840 km; kuat ~ kerana simpulnya (peribahasa) kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya;

selilit
1. sekali lilit, hanya satu lilitnya:
~ kelengkeng;

2. sekeliling, sebelit:
~ Pulau Perca;

berlilit berada dalam keadaan melingkari sesuatu, berbelit:
ular ~ di dahan kayu;

berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sebagai lilit:
kepalanya yang ~ kain merah persis warna darah itu;

melilit
1. membelit, melingkar:
akar ~;

2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dan lain-lain), mulas;

meliliti membelit pada, membeliti:
sehelai serban putih ~ kepalanya;
tiang rumahnya dililiti akar;

melilitkan membelitkan, melingkarkan:
buat satu lingkaran dengan ~ dawai pada sebatang pensel;

lilitan garisan yang menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dan lain-lain), lingkungan, lilit;

pelilit sesuatu (tali, kain, dan sebagainya) yang digunakan untuk melilit:
lilit tangkai bunga dengan ~ warna hijau.

berkongsi