lapang I

1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dan lain-lain):
jangan bermain di sini, pergi ke tempat ~;

2. terluang (waktu dan lain-lain), tidak sibuk, senggang:
apabila ada masa ~, kita akan berbincang lagi;

3. kawasan (yang luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu:
tanah itu dicadangkan untuk ~ sekolah;
~ dada
= ~ hati
a) berasa senang dan lega;
b) sabar;
~ fikiran tidak diganggui, tenang;
~ kira-kira senang hati, lega;
~ pengetahuan luas pengetahuan;
~ perut selalu hendak makan;

berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa:
~ hati sabar;
duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang (peribahasa) perundingan menghasilkan fikiran yang lebih bernas daripada fikiran kita seorang;

melapangi
1. memberi tempat dan lain-lain yang lapang, melonggari:
penonton mesti ~ sedikit agar orang yang pengsan itu dapat bernafas;

2. [kiasan] memberi pertolongan (bantuan);

melapangkan
1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan:
orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu;
~ dada
= ~ hati menenangkan hati dan fikiran:
Allah ~ dada sesiapa yang dikehendaki untuk menerima Islam;

2. meluangkan (masa dan lain-lain), menyenggangkan:
saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan;

memperlapang menjadikan lebih lapang;

lapangan
1. kawasan atau tempat yang luas, gelanggang, medan, padang;
~ bola padang tempat bermain bola;
~ terbang tempat kapal terbang turun naik;

2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dan lain-lain), jurusan, lingkungan:
mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yang amat luas;

kelapangan
1. perihal lapang (tanah, padang, dan lain-lain), keluasan, kesenangan:
dia semata-mata minta ~ pada tempat yang sempit;

2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk):
tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah;
minggu depan tuan ada ~?

3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dan lain-lain), kemudahan:
masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan;

pelapang;
~ dada orang yang sabar.

berkongsi