langkah

1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang):
pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dengan ~ yang berat;

2. jarak di antara dua belah kaki ketika berjalan:
ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti;

3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yang dikerjakan, perbuatan:
sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya;

4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dan lain-lain);
~ baik (buruk) permulaan yang baik (buruk);
~ bendul
a) berkahwin dahulu daripada kakak;
b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin;
~ gelombang dua belas nama gerak dalam pencak silat;
~ kanan mujur;
~ kiri sial (tidak beruntung);
~ surut undur (langkah ke belakang);
mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dan lain-lain);

melangkah, berlangkah
1. menggerakkan langkah, menghayunkan langkah, berjalan:
ia ~ dua langkah ke hadapan;

2. memulai perjalanan (pelayaran dan lain-lain):
serta mustaid ia pun ~lah dengan tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman;

3. = melangkahi;
4.
tidak mengikut susunan, melangkau:
dilangkahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yang lain;

5. [arkaik] melalui, menempuh:
~ lautan;

melangkahi
1. melampaui, melangkaui:
ia terus ~ tangga;

2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dan lain-lain), menyalahi:
perbuatan seperti itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yang tak boleh dilangkahi lagi;
~ bendul langkah bendul;
~ laki bermukah (berkenaan (dengan) perempuan yang sudah bersuami);

melangkahkan
1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan:
dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka;

2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dan lain-lain);

langkahan hasil perbuatan melangkah:
harimau itu berhenti daripada meneruskan ~ kakinya;

kelangkahan
1. suami yang isterinya berlaku curang;

2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan;

3. [Jakarta] dilangkahi atau dilalui;

pelangkahan
1. perihal melangkah (melangkahi, melangkahkan);

2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dan lain-lain):
menurut ilmu ~ ini alamat buruk;
pada kali ini barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai bapanya sudah balik.

berkongsi