langgar I

laga, rempuh, serang, tempuh;
~ adat = ~ bahasa biadap, tidak sopan;
~ jangan beragak menyerang dengan sungguh-sungguh;
~ lari perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dan sebagainya, tanpa menunggu atau membuat laporan polis;

berlanggar, berlanggaran
1. berlaga (kereta dan lain-lain), beradu, berhantuk:
sebuah motokar telah ~ dengan sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang;

2. = berlanggar-langgaran saling menyerang:
setelah bertemu dengan kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran;

3. tidak mengikut (adat, resam, dan lain-lain), berlawanan dengan, bertentangan dengan:
kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dengan undang-undang;

melanggar
1. merempuh, melanda, melanyak:
seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api;

2. mendatangi (untuk menguasai, memusnahkan, dan sebagainya), melanda, menyerang:
bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu;
Melaka pada masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yang juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka;

3. tidak patuh pada (undang-undang dan lain-lain), menyalahi, melawan, menentang:
orang yang ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah;
lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar;
~ sumpah
tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong;

melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan:
maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung;

terlanggar
1. tersadung, terempuh, dirempuh:
ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju;

2. melanggar (peraturan, undang-undang, dan lain-lain):
barang siapa yang memegang dia, tentu akan ~ pantangan;

perlanggaran perihal (kejadian dan sebagainya) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dengan orang, dan lain-lain):
kereta itu terlibat dalam ~ dengan sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;

pelanggaran
1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dan sebagainya):
~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan;

2. perihal menentang perbuatan dan sebagainya atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dan lain-lain):
~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah;

pelanggar orang atau sesuatu (seperti kereta dan lain-lain) yang melanggar:
apabila undang-undang itu dilanggar maka si ~ akan dihukum.

berkongsi