langgan

berlanggan, melanggan membeli dengan tetap (surat khabar, majalah, dan lain-lain):
kami ~ tiga buah surat khabar;
boleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya;

berlangganan membeli dengan tetap:
mereka sudah lama ~ dengan Wim tentang barang-barang seludupan;

langganan
1. = pelanggan;

2. penjual yang tetap;

3. hubungan jual beli atau urus niaga yang tetap (antara seseorang penjual dengan pembeli yang selalu membeli daripadanya);

4. = wang ~ pembayaran yang tetap (kerana berlanggan);

pelanggan
1. pembeli (surat khabar, majalah, dan lain-lain) yang tetap:
makin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula;

2. orang (syarikat) dan sebagainya yang membayar kepada seseorang seperti peguam (pembina dan sebagainya) untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya.

berkongsi