lancar I

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dan lain-lain), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut:
bacaannya ~;
bas itu berjalan dengan ~nya;
~ kaji kerana diulang
(peribahasa) kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih;

selancar, berselancar
1. bermain lancang-lancang;

2. meluncur di atas air (dengan papan dan lain-lain);

melancar
1. bergerak dengan laju (motokar, kapal, dan lain-lain):
kereta itu ~ dengan lajunya meninggalkan tempat itu;

2. menghafaz, selalu mengulangi pelajaran:
engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah;

melancarkan
1. memulakan (menggerakkan) sesuatu dengan cepat, meluncurkan:
Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yang memuatkan tiga orang angkasawannya;

2. menyebabkan berjalan dengan cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dan lain-lain):
pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran;

3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dan lain-lain):
pada mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam;
gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi;
bagai pucuk dilancarkan
(peribahasa) pergerakan yang terlalu cepat;

memperlancar membuat supaya lebih lancar;

memperlancarkan menjadikan lebih lancar:
urutlah bahagian yang kejang untuk ~ oksigen;

terlancar-lancar [sastera lama] (dengan) terlalu cepat, tergesa-gesa:
adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir;

kelancaran
1. kecepatan (melakukan sesuatu), berkata-kata dan lain-lain), kepantasan, kelancangan:
barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu;

2. kelicinan (dalam mengusahakan atau membuat sesuatu):
konfrontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita untuk membangun;

pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dan lain-lain):
~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri;

pelancar alat untuk melancarkan sesuatu objek, seperti roket dan projektil, supaya bergerak dengan pantas ke udara:
~ roket.

berkongsi