1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dan lain-lain), perlahan-lahan:
ia berjalan terlalu ~;
2. mengambil masa yang lama:
benih ini ~ tumbuhnya;
3. lewat daripada waktu yang ditentukan, kasip, tertinggal:
dia datang ~;
jam ini ~ sepuluh minit;
~-bangat = ~-laun lama-kelamaan, akhir-akhirnya;
~ lepa [Kedah] pantang ada kesempatan:
~ lepa dia kebas;
~ laga asalkan menang (peribahasa) mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud tercapai;
biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar (peribahasa) membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan hati-hati;
lambat-lambat dengan lambat, perlahan-lahan:
mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu;
selambat-lambatnya (yang) paling lewat, sehabis lama:
mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi;
berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dengan perlahan-lahan, tidak terburu-buru:
ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yang saksama;
berlambatan [sastera lama] mengambil masa yang lama, lambat:
adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya;
melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat:
ia ~ jalan basikalnya;
melambat-lambatkan menyebabkan sesuatu (pekerjaan, tindakan dan sebagainya) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan:
kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu;
diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang;
memperlambat menjadikan lebih lambat:
kerja yang buruk elok diperlambat;
terlambat melewati (melebihi) masa yang ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat:
kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu;
kelambatan
1. perihal lambat, kelewatan:
~ menetapkan harga padi itu telah menyebabkan mereka rugi;
Seri Bija Diraja menyembahkan sebab-sebab ~ yang dialaminya itu;
2. terlewat (daripada yang ditentukan), terlambat;
pelambat bahan atau sesuatu yang melambatkan (proses, perjalanan sesuatu dan sebagainya):
bahan ~.