laba

1. keuntungan (daripada perniagaan, perdagangan, pelaburan, dan lain-lain):
perniagaan yang diusahakannya itu menghasilkan ~ yang berlipat ganda;

2. faedah, guna, kebaikan:
apa ~nya kita bertengkar ini?~ modal (Ekonomi) keuntungan yang diperoleh daripada wang yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan (saham dan sebagainya) hasil daripada kenaikan harga;
~ rugi
a) untung rugi;
b) baik buruk;
(pajak) ~ perang [Indonesia] (cukai yang dikenakan atas) keuntungan yang diperoleh dalam masa perang;
~ sama dibagi, rugi sama diterjuni (peribahasa) bersahabat (bermuafakat) sehidup semati;
belum tahu akan ~ rugi (peribahasa) belum tahu akan baik buruk sesuatu hal;
kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang (peribahasa) berdiam diri sahaja sewaktu dalam kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dalam kesusahan;
mengaut ~ dengan siku (peribahasa) orang yang selalu mencari keuntungan yang banyak;

berlaba
1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan):
dia ~ berlipat ganda daripada perniagaannya;

2. menghasilkan (mendatangkan) keuntungan:
perniagaan yang diurusnya itu tidak ~ sedikit pun;

melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kepada, menguntungkan:
rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yang telah sedia kaya.

berkongsi