1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dan sebagainya (berkenaan (dengan) papan, dinding dan sebagainya):
beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~;
2. patah dan jatuh atau terkulai (berkenaan (dengan) dahan pokok dan sebagainya), sekah:
banyak dahan pokok yang ~ akibat tiupan angin ribut yang kencang;
3. [bahasa percakapan] kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dan sebagainya:
~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran;
~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yang rosak, pecah, kemik, dan lain-lain):
rumah di sawah itu banyak yang ~-kapik;
mengopak
1. mengupas, mengobak, menguliti:
~ kelapa;
2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan:
~ dinding rumah;
terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, tertanggal.