kiri

1. lawan kanan;
tangan ~ tangan kidal (lawan tangan kanan);
~ kanan
a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (seperti sungai, jalan, dan lain-lain), kiri dan kanan:
di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah;
orang ~ kanan
orang sebelah-menyebelah rumah, jiran;
b) = kanan ~nya [Jawa] lebih kurang, kira-kira;

2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal;

3. [kiasan] kurang baik, malang (sial, celaka, dan sebagainya);
langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dan lain-lain), sial (mendatangkan keburukan dan lain-lain);

4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (berkenaan (dengan) pertubuhan atau pergerakan politik dan lain-lain):
parti ~;
pihak ~;

mengiri menepi (menuju, berundur, dan lain-lain) ke sebelah kiri;

mengirikan
1. mengundurkan (mengalihkan, meletakkan, dan lain-lain) ke sebelah kiri;

2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan:
perkara itu boleh dikirikan dahulu;

3. menyingkirkan atau membuang (daripada kumpulan dan lain-lain):
orang yang dikirikan daripada masyarakat;

terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dari tempatnya yang sebenar atau yang sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu.

berkongsi