khutbah

[Arab] pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan:
sembahyang Jumaat didahului oleh ~;

berkhutbah
1.berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dan lain-lain):
mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dengan suara yang nyaring;

2. [kiasan] berleter:
pagi-pagi lagi ibunya sudah ~;

mengkhutbahkan menerangkan atau menghuraikan (ajaran agama dan lain-lain) dalam khutbah:
sudah tiga kali perkara itu dikhutbahkannya kepada jemaah di masjid itu;

pengkhutbah [arkaik] orang yang berkhutbah, pensyarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan);
~ Injil pendeta Kristian.

berkongsi