khabar

[Arab]

1. = perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian, berita, warta:
sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dari kampung;
~ (-khabar) angin
khabar yang belum atau tidak pasti kebenarannya;
~ baik khabar yang menggembirakan (menyenangkan);
~ buruk khabar yang mendukacitakan (mencemaskan);
apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang);
pecah ~ merebak berita;
surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembaran kertas) yang mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian;

2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan);
tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (seperti orang yang tidur lena), pengsan:
dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dari bangunan tinggi pada hari itu;
indah ~ dari rupa (berita)
(peribahasa) khabar atau percakapan orang selalunya melebih-lebihkan kecantikan (kesempurnaan dan lain-lain) sesuatu daripada keadaannya yang sebenar;

khabarnya menurut khabar, kata orang:
~ Hamid telah berkahwin lagi;

berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu:
maka ~lah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh;
diamlah ia tiada mahu ~ lagi;
ia berkhabarkan kepada kami di dalam mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu;

mengkhabarkan memaklumkan, memberitahukan, memberitakan:
saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya;

terkhabar tersiar khabar, diberitakan, diceritakan;

perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan:
dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar;
dengan adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum.

berkongsi