waktu (yang sangat singkat atau yang tertentu), saat, masa:
apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; 
ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia daripada kaum lelaki; 
keadaan sunyi senyap untuk beberapa ~; 
sampai pada masa ~nya sampai pada waktunya;
seketika
1. sesaat, sebentar, sekejap:
kedua-duanya terdiam ~; 
dengan ~ dengan segera (pada saat itu juga):
dengan ~ itu juga datanglah iparnya;
 2. tatkala, (pada) waktu:
fikirannya ~ itu amat kusut; 
(pada) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak;
3. [sastera lama] saat (waktu) yang ada sangkut-pautnya dengan ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dan lain-lain;
 ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kepada lima (empat, tujuh) bahagian dalam penujuman;
 melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yang baik;
berketika
1. menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu:
anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; 
dengan tiada ~ dengan tidak berketentuan waktu;
 2. kena (munasabah) pada waktunya:
gurau senda yang tidak ~ itu mungkin membawa kepada perselisihan.