kerat I

1. bahagian (daripada sesuatu), potong, penggal:
tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya;
se~ dawai
sepotong dawai;
tulang empat ~ anggota (kaki dengan tangan);
(dengan) tulang delapan ~ (dengan) tubuh dan anggota sahaja;
se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan):
kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan;

2. (digunakan untuk menegaskan sedikitnya bilangannya):
orang Melayu tidak harus berpuas hati dengan empat lima ~ sahaja yang berjaya dalam lapangan perniagaan;
berapa ~ antara mereka itu yang benar-benar sanggup berkorban;

berkerat telah atau sudah dikerat:
batang ubi yang ~ itu diikatnya dalam dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (persaudaraan);

mengerat memotong, memenggal, memancung (kepala):
maka dikerat pusatnya, dibedung dengan kain yang keemasan;
dahan kayu itu dikerat-keratnya menjadi beberapa potong;
~ batang padi;
~ kepala, ~ leher
memenggal kepala;
~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang;

terkerat terpotong (kayu, jari, dan lain-lain), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan:
banyak panglimanya mati ~ kepala mereka;
percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar;

keratan bahagian daripada sesuatu yang telah dikerat, bahagian (daripada sesuatu), irisan, penggalan, potongan:
~~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang;
syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya;
~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yang mengandungi berita atau siaran tertentu) yang dipotong daripada sesuatu halaman surat khabar.

berkongsi