keras I

1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dan lain-lain) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak):
hanya tulang-tulangnya yang ~ sahaja masih tinggal tidak hancur;
keluli lebih ~ daripada besi;
daging ini sangat ~;
pakaian ~
pakaian berkanji dan berseterika;

2. dengan giat atau bersungguh-sungguh, dengan sepenuh tenaga atau usaha, dengan sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dan sebagainya):
beberapa orang yang cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan;
mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang;

3. dengan tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat:
berpegang ~ kepada faham dan kepercayaan kuno;
kemahuan yang ~;

4. tidak dengan sikap bertolak ansur (berkenaan (dengan) bantahan, tentangan, dan sebagainya), tegas:
ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu;

5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dan lain-lain), ketat, sungguh-sungguh:
terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira;
tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yang bersenjata;

6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (berkenaan (dengan) tindakan dan sebagainya), tegas, tidak berkira-kira:
tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yang curang;

7. dengan sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dan sebagainya):
dilarang masuk tanpa urusan rasmi;
penonton-penonton dilarang ~ merokok;

8. membahayakan dan mungkin membawa maut (berkenaan (dengan) penyakit), teruk, berat:
terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~;

9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dan sebagainya), hebat:
inilah tanda patik membunuh perajurit yang terlalu ~ itu;
diberinya oleh raja Siam ketumbukan yang ~;
terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya;

10. kencang, deras (angin dan lain-lain), sangat lebat (hujan):
angin pun bertiup terlalu ~;
gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dengan ~nya;
hujan amat ~nya;

11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dan lain-lain):
kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kepada orang-orangnya;
sesetengahnya tidur berdengkur dengan ~;

12. tidak lemah lembut atau sopan santun (berkenaan (dengan) kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan:
oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yang ~;
13. dapat memabukkan (berkenaan (dengan) minuman seperti bir, wain, wiski, dan sebagainya), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (berkenaan (dengan) rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (berkenaan (dengan) ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dan sebagainya (berkenaan (dengan) bau), rangsang (berkenaan (dengan) bau):
kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~;
rokok ini agak ~ bagi orang yang belum biasa merokok;
terlalu ~ bau gas ini;

14. ketat (sumbat botol dan lain-lain), tidak mudah dilentur (berkenaan (dengan) spring dan sebagainya), tegang;

15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu:
tempat ini ~ kerana ada puaka;
~ batang leher berpegang teguh pada pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah);
tegar hati, mengotot;
~ genjur keras sekali (berkenaan (dengan) sikap, tabiat);
~ hati
a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil;
b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh);
~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya);
~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak);
~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku;
~ kekung (kelengkung) [Kelantan], [Terengganu] sangat keras (seperti batu);
~ keng [Kelantan], [Terengganu] keras kepala;
~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar;
~-kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dengan pujukan dan sebagainya (berkenaan (dengan) kemahuan, ketabahan, dan sebagainya seseorang);
~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dengan mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata);
~-makas = ~-mangkas terlalu keras (berkenaan (dengan) buah-buahan dan lain-lain);
~ mulut
a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dalam perdebatan (kuat bertengkar);
b) tidak mudah dikendalikan (kuda dan lain-lain);
~ bagai batu, tinggi bagai langit (peribahasa) tidak mahu menurut perintah orang atasan;
~ ditakik, lunak disudu (peribahasa) [Minangkabau] hendaklah diberikan segala perintah dengan bijaksana (dengan lemah lembut kepada yang menurut dan dengan memaksa kepada yang melawan);
lunak tak tersudu, ~ tak tertakik (peribahasa) perkataan orang yang bijaksana baik dengan lemah lembut atau dengan kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya;

berkeras
1. tidak berganjak daripada pendirian (kemahuan dan sebagainya), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot:
kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa;
ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah;

2. bertindak (bersikap) keras:
kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa;~ batang leher keras batang leher;
~ hati keras hati;
~ hidung keras hidung;
~ kepala keras kepala;

berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dalam pertengkaran, perkelahian, dan lain-lain);

bersikeras berkeras, mengotot;

mengeras
1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dan sebagainya):
lama-kelamaan kalsium karbonat yang di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur;
sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~;

2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras;

mengerasi
1. memaksa, menggagahi:
maka dikerasi oleh tuanku Dato Batin Alam suruh ia memukat juga;

2. bertindak (bersikap) keras kepada, memperlakukan dengan keras (dengan menggunakan paksaan):
Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu;
keras-~
berkeras-kerasan;

mengeraskan
1. menjadikan keras (tidak lembik):
~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dan lain-lain;

2. [kiasan] menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dan sebagainya), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dan sebagainya):
Cikgu Hashim bertanya dengan suara yang agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati;

3. memaksa:
ia ~ budak itu tinggal bersamanya;

memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dan lain-lain):
perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat;

terkeras terkuat (berkenaan (dengan) suara, bunyi), terkasar (berkenaan (dengan) tindakan, sikap, dan lain-lain):
suaranya sekali ini agak ~ sedikit;

kekerasan perihal (sifat dan sebagainya) keras (dalam berbagai-bagai erti seperti kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dan lain-lain), paksaan (dalam sesuatu tindakan):
dengan ~ sukar dicapai penyelesaian;
kumpulan jahat yang bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dengan ~ telah dapat ditumpaskan;

pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dan lain-lain);

pengeras
1. jampi untuk memperkuat diri atau untuk menakuntukan (memaksa, menundukkan) orang;

2. bayaran kepada pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya;

3. alat untuk mengeraskan atau menguatkan (suara dan lain-lain);

4. sesuatu (seperti jarum, duit syiling, dan lain-lain) yang diberikan kepada tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sebagai imbalan);

berpengeraskan menggunakan sesuatu sebagai pengeras:
dengan hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga.

berkongsi