kelola

mengelola mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, seperti perusahaan, pejabat, dan lain-lain), mengurus, menyelenggara:
pegawai-pegawai yang mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dan lain-lain supaya mereka menjadi pengurus yang cekap;

mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (seperti perusahaan, pejabat, dan lain-lain), menyelenggarakan:
kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu;
diperlukan seorang yang berpengalaman untuk ~ perusahaan baru itu;

kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan:
susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan;

pengelolaan perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan:
beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio;
~ ladang
pengurusan (penyelenggaraan) ladang;

pengelola orang yang mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir:
~ sekolah-sekolah kebangsaan;
~ syarikat perniagaan.

berkongsi