[Indonesia]
1. penutup muka (untuk menyembunyikan muka atau menyamar), topeng;
~ gas penutup muka untuk melindungi muka daripada gas racun;
2. [kiasan] sesuatu yang dipergunakan untuk menyembunyikan perkara (tujuan dan lain-lain) yang sebenar:
sambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat;
berkedok
1. memakai kedok (topeng), bertopeng:
tidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~;
2. mempergunakan atau membuat sesuatu untuk menyembunyikan tujuan (hal dan lain-lain) yang sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dengan memperalatkan sesuatu):
harus kitab-kitab itu lebih baik daripada segala apa yang pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yang ~ pengetahuan itu;
memperkedok memakai atau menggunakan sesuatu sebagai kedok (untuk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dan sebagainya), mempertopeng.