kayuh I

= pengayuh;

berkayuh, mengayuh
1. menggerakkan (menjalankan) perahu dan sebagainya dengan pengayuh:
ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja;
pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau;

2. menjalankan basikal atau beca (dengan memijak dan memusingkan kayuhnya):
cepat-cepat ia ~ basikalnya;
~ sambil bertimba (ke hilir)
(peribahasa) dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak;
(malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut (peribahasa) kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan;

berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (untuk bermain-main sahaja);

mengayuhkan
1. menjalankan perahu (dengan menggunakan pengayuh), menjalankan perahu (menuju, menghala ke):
anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai;

2. menjalankan basikal atau beca (dengan memijak dan memusingkan kayuhnya):
Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak;

terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya mengayuh;
tidak ~ lagi biduk hilir (peribahasa) tidak berdaya lagi, lemah benar;

kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh:
jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi;

kekayuhan perahu yang dikayuh;
bidar ~ sejenis sampan;

pengayuh
1. = kayuh alat untuk mengayuh (perahu dan sebagainya) yang berdaun satu, dayung;

2. = kayuh alat untuk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak;

3. orang yang mengayuh:
dari jauh datang sebuah beca dengan ~nya yang lesu;
apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air
(peribahasa)
a) jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yang mendapat;
b) janganlah gentar melawan orang yang setara dengan kita kerana nasib kita di tangan Allah;
engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang (peribahasa) orang yang bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya daripada cakap atau gerak-geri seseorang.

berkongsi