kata

1. sesuatu yang diucapkan (dituturkan), cakap, ujar:
orang yang angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yang kesat kepada mereka;

2. (Linguistik) gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu;
ilmu bentuk ~ pengetahuan berkenaan bentuk kata (berkenaan (dengan) awalan, akhiran, dan lain-lain);
suku ~ (Linguistik) satuan (unit) bunyi yang terdiri daripada satu vokal sahaja atau daripada vokal yang didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian daripada sesuatu kata:
ada empat suku ~ pada perkataan hulubalang;
~ adat
peribahasa yang berkaitan dengan adat;
~ akar (Linguistik) bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus;
~ alu-aluan ucapan (kata-kata) sebagai menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dan sebagainya (penerbitan sesebuah buku dan sebagainya);
~ ambilan kata yang diambil daripada bahasa asing, kata pinjaman;
~ bantu (Linguistik) jenis perkataan kecil yang biasanya bersambung pada kata lain (seperti kah, lah, pun, dan lain-lain), partikel;
~ bantu bilangan (Linguistik) kata yang membantu kata bilangan, penjodoh bilangan seperti bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dan lain-lain;
~ basi ungkapan dan lain-lain yang (sudah) selalu benar digunakan;
~ benda [arkaik] = ~ nama;
~ bilangan
kata yang menyatakan banyaknya benda;
~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara;
~ dasar = ~ pokok kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan seperti pandang, gelisah, kuat, dan lain-lain);
~ depan [Indonesia] = ~ penghubung;
~ dua
pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan (syarat dan sebagainya) yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam pertikaian (perundingan dan sebagainya) dengannya (dengan ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yang lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dan lain-lain);
~ entri = ~ masukan;
~ ganti
(Linguistik) kata yang menjadi ganti kepada kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kepada orang, haiwan atau sesuatu, misalnya dia, ia, mereka);
~ hati
a) gerak hati, perasaan yang timbul dalam hati;
b) angan-angan (dalam hati);
~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi;
~ hubung (Linguistik) kata yang gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dan sebagainya), misalnya kerana dan supaya, sendi kata;
~ jadian = ~ terbitan;
~ keadaan
[arkaik] = ~ sifat;
~ kerja
(Linguistik) kata yang menyatakan sesuatu perbuatan;
~ kerja pasif (Linguistik) bentuk kata kerja (seperti dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dan lain-lain) yang menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan (menjadi objek atau penyambut kepada kata kerja);
~ keterangan (Linguistik) kata yang menerangkan sesuatu kata;
~ laluan
a) (Komputer) gabungan huruf atau nombor yang membentuk kod unik yang perlu dimaklumkan kepada sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem;
b) kata, ungkapan dan sebagainya rahsia yang dijadikan sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dan sebagainya;
~ lawan = ~ berlawan kata yang berlawanan ertinya (seperti besar dengan kecil, kuat dengan lemah, dan lain-lain);
~ majmuk (Linguistik) kata yang merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yang dianggap sebagai satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dan lain-lain);
~ masukan kata atau ungkapan utama yang terkandung dalam sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yang ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dan lain-lain;
~ membazir (mubazir) kata yang tidak perlu turut digunakan kerana makna yang dimaksudkan telah jelas dalam perkataan lain;
~ nama (Linguistik) kata yang merujuk kepada orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas;
~ nama am (Linguistik) kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum, misalnya jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Linguistik) kata yang merujuk kepada orang, tempat benda yang khusus, misalnya Kuala Lumpur dan Muhammad;
~ nista
kata-kata yang mencerca atau mencaci (sumpah seranah);
~ orang cakap orang, khabarnya;
~ pemutus (putus, pasti) kata yang menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (seperti pertunangan dan lain-lain);
~ pendahuluan = ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan untuk sesebuah buku dan lain-lain, mukadimah;
~ penghubung = ~ perangkai kata hubung;
~ pinjaman kata yang telah digunakan (terserap) di dalam sesuatu bahasa tetapi berasal daripada bahasa lain;
~ pokok = ~ dasar;
~ pujangga
= ~ hikmat;
~ sambutan
ucapan (kata-kata) untuk mengalu-alukan kedatangan seseorang;
~ sandang kata yang bertugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama seperti sang, si;
~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yang lain yang hampir sama bunyinya;
~ seasal kata-kata dalam berbagai-bagai bahasa yang sama asalnya;
~ sebunyi (Linguistik) kata-kata yang sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon;
~ seerti kata-kata yang sama ertinya dalam sesuatu bahasa (seperti kutip dengan pungut, dan lain-lain), sinonim;
~ sendi nama (Linguistik) kata, seperti di, ke dan dari yang digunakan di depan kata nama atau frasa nama;
~ sepakat (sefaham) persetujuan, muafakat;
~ seru
a) kata untuk menyeru (memanggil dan lain-lain);
b) kata yang dikeluarkan dengan tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dan lain-lain);
~ sifat (Linguistik) kata yang menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif;
~ tambahan [Indonesia] kata yang menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti;
~ terbitan kata yang terbentuk daripada kata dasar dengan penggunaan imbuhan;
~ tugas (Linguistik) kata yang tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, misalnya dan, kepada dan ialah;
~ ulang (berulang) kata yang diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berkali-kali);
~ berjawab, gayung bersambut (peribahasa) baik dibalas dengan baik dan jahat dibalas dengan jahat;
~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota (peribahasa) janji hendaklah ditepati;
~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan (peribahasa) hal seseorang boleh diputuskan dengan orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan;
~ periuk, belanga hitam (peribahasa) orang yang memburukkan orang lain sedangkan dirinya sendiri buruk juga;
~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati (peribahasa) orang yang suka mungkir janji;
~ yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan (peribahasa) tidak mahu mengakui kebenaran;
elok ~ dalam muafakat, buruk ~ di luar muafakat (peribahasa) kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dengan kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat;
mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan (peribahasa) memungkiri janji dengan tiba-tiba;

sekata
1. sama bunyinya;

2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat:
dalam sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui;
manusia ini memang tidak ~ dalam serba-serbi;

3. sama (sahaja), segaya, serupa:
wasiat Bendahara kepada segala anak cucunya tiada ~, pada seorang seorang lain-lain, masing-masing pada patutnya;

4. sama (pada ukurannya, gerakannya, bentuknya, dan lain-lain), tidak berbeza-beza (berubah-ubah dan sebagainya) antara satu dengan yang lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dan sebagainya dengan yang lain):
putaran roda itu sentiasa ~;
gelendong itu dipusingkan dengan kadar laju ~;
mencari luas rajah-rajah yang ~, seperti rajah selari tepat, bulatan, dan lain-lain;

katakan
1. memisalkan, mengandaikan:
~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dengan banyak;
~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yang kau suka;

2. [bahasa percakapan] gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan):
bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~;

berkata mengeluarkan apa yang terfikir dengan kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur:
maka Hanuman pun ~, Ya Tuanku maharesi …;
ada Doris ~ benar seperti apa yang telah dikatakannya kepadaku;
~ dua
mengeluarkan perkataan yang berlainan daripada maksud yang sebenarnya;
~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar (peribahasa), [Minangkabau] kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati;
sudah ~ satu (peribahasa) tidak berubah daripada yang telah diucapkan;

berkata-kata bercakap-cakap, berbicara:
janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi;
hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya;
~ dengan lutut
(peribahasa) bercakap-cakap dengan orang bodoh;

mengata
1. mengucapkan kata-kata;
jangan kata lagi
a) tidak usah disebut lagi;
b) sudah diketahui umum;

2. bercakap buruk tentang seseorang:
ceritanya tak lain daripada ~ kawan-kawannya sahaja;
barang yang dikata, itulah kota
(peribahasa) janji hendaklah ditepati;

mengatai, mengata-ngatai
1. mengeluarkan perkataan yang kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dan lain-lain), mencaci, mencerca:
orang muda itu ~ dia;
dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir;

2. menegur (dalam erti mengherdik dan lain-lain), memarahi;
~ adik memarahi adik;

mengatakan
1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebuntukan, menuturkan:
maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku;

2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan:
maka semuanya orang itu ~ mimpinya kepada raja;
ada suatu perkara penting yang hendak dikatakannya kepada kita;

3. [bahasa percakapan] menganggap (sebagai), membuat kesimpulan (bahawa):
kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yang kritis;
binatang ini boleh dikatakan besar juga;

4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu):
apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya;

5. memisalkan, mengandaikan;

memperkatakan
1. melahirkan (dengan kata-kata), mempercakapkan, menceritakan:
terasa senang hatinya sebab ia dapat ~ apa yang tersimpan di dalam hatinya;
dan sepanjang hari itu orang ~ hal itu;

2. membincangkan, membicarakan:
mereka berkumpul ~ dagangan mereka pada hari itu;
~ masalah penulisan yang serius;
~ kesusasteraan rakyat;

terkata
1. = terkata-kata dapat berkata-kata atau mengatakan sesuatu;
tidak (tiada) ~ tidak dapat berkata-kata (untuk menyatakan pendapat, perasaan, dan lain-lain mengenai sesuatu), tidak berdaya mengatakan sesuatu:
tiadalah ia terkata-kata lagi akan kelakuan Pak Pandir itu lalu ia berkemas barang-barangnya;
maka adapun segala orang tiada percaya boleh dipecahkan kota Melaka itu pun terkatuplah mulutnya, tiadalah terkata-kata lagi;

2. = terkatakan dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan:
maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya;
tiada ~ lagi bencinya baginda;

terkata-katai [Minangkabau] mengigau;

perkataan
1. bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang disebuntukan atau dituliskan dan sebagainya dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan sesuatu maksud, kata:
~ bahasa Melayu dapat dieja dengan berpandukan bunyinya;
~ syair berasal daripada bahasa Arab;

2. kumpulan kata (yang diucapkan dan sebagainya), kata(-kata):
pengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yang bermuka cengkung itu;
dengan ~ lain
dengan kata(-kata) lain;

3. [sastera lama] cerita, kisah, hal:
jikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya.

berkongsi