1. arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dan lain-lain);
sekali ~ selayang pandang:
dia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya sekali ~ sahaja;
2. arus elektrik;
3. = ~ hantu [sastera lama] penyakit yang kononnya disebabkan oleh hantu yang lalu;
4. [arkaik] dorongan (desakan);
seimbas sekejap, selayang;
~ pandang selayang pandang;
imbas-imbas hampir sama (serupa), seakan-akan:
anak itu ada ~ rupa ayahnya;
mengimbas
1. = mengimbasi mengenakan arus udara pada sesuatu, mengipas;
2. bergerak ke kiri dan ke kanan dengan cepat:
tiang topang imbas-~;
3. = mengimbasi [Indonesia] menggerakkan (memindahkan) arus elektrik;
imbasan imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dan lain-lain yang cepat:
ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut;
kad ~ kad yang diperlihatkan sebentar pada murid untuk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dan lain-lain);
pengimbasan (Perubatan) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dengan menggunakan gelombang bunyi atau sinaran.