[Arab]
1. lafaz janji, pengakuan dan sebagainya;
2. janji yang sungguh-sungguh, biasanya disertai dengan sumpah, pengakuan:
kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain;
membaca ~;
3. [arkaik] piagam:
~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
berikrar berjanji dengan sungguh-sungguh hati secara lisan:
orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu untuk menentang musuh;
mengikrarkan
1. melafazkan janji, pengakuan dan sebagainya:
berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka untuk membela ibu pertiwi;
2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan:
~ syarat-syarat perjanjian itu;
3. menetapkan niat;
pengikraran perbuatan mengikrarkan;
pengikrar orang (kumpulan orang dan sebagainya) yang berikrar atau mengikrarkan sesuatu.