hukum

1. peraturan yang dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dan lain-lain), adat yang dianggap mesti dipatuhi, undang-undang:
~ mengerjakan sembahyang;
ia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang;
ahli ~
[Indonesia] orang yang tahu (pakar) dalam ilmu hukum;
badan ~ [Indonesia] perkumpulan (persatuan dan lain-lain) yang diperlakukan oleh undang-undang sebagai orang;
ilmu ~ pengetahuan atau falsafah mengenai undang-undang;
lawan ~ [Indonesia] melawan hak;
tata~ [Indonesia] aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum;

2. ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dan lain-lain):
~ alam;
~ bahasa;
~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yang mempunyai haluan yang sama menarik satu sama lain;

3. = hukuman keputusan (pertimbangan) yang dibuat oleh hakim (dalam mahkamah dan lain-lain);
memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan;
kena ~ dijatuhi hukuman;

4. [sastera lama] perintah, kekuasaan:
raja-raja dalam dunia ini dari masyrik datang ke maghrib semuanya dalam ~ Maharaja Rawana;
~ acara (tuntutan)
[Indonesia] peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara;
~ adat peraturan-peraturan yang berdasarkan adat (kebiasaan), lawan hukum syarak;
~ alam aturan yang tentu berkenaan kejadian alam;
~ Allah takdir Allah (ketentuan Allah);
~ asasi perlembagaan negara;
~ Boyle (Fizik) hukum yang menyatakan bahawa pada suhu yang malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dengan tekanan;
~ Coulomb (Fizik) hukum yang memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas;
~ dagang [Indonesia] sistem yang mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dan lain-lain);
~ dunia hukum alam;
~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka dalam agama Islam;
~ fiqah hukum dalam agama Islam tentang perkara-perkara seperti ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat;
~ gantung hukum mati dengan gantung;
~ gereja [Indonesia] peraturan-peraturan berkenaan kehidupan yang berdasarkan ajaran Kristian;
~-hakam pelbagai jenis hukum agama Islam;
~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam;
~ keabadian jisim (Kimia) hukum yang menyatakan bahawa dalam tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dengan jumlah jisim bahan sebelum tindak balas;
~ keabadian tenaga (Kimia) hukum yang menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kepada bentuk tenaga yang lain;
~ kuasa dua songsang (Fizik) hukum yang menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dan lain-lain) pada sesuatu titik, berkadaran songsang dengan jarak kuasa dua dari sumber kesan ke titik tersebut;
~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara [Indonesia] peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan berkenaan hak dan kewajiban dan lain-lain warganegara;
~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kimia) hukum yang menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yang sama mengikut perkadaran jisim yang sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan;
~ pidana [Indonesia] peraturan dan ketentuan mengenai hukuman;
~ resam hukum adat;
~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dalam sains;
~ sejarah ketentuan sejarah;
~ tatanegara [Indonesia] peraturan dan ketentuan berkenaan susunan kerja dan lain-lain kenegaraan;

berhukum
1. menggunakan hukum, ada hukumnya;

2. = ~ (kepada) berhakim (kepada);

menghukum
1. memberi keputusan (ketetapan dan lain-lain) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dalam penjara dan lain-lain) kerana berbuat kejahatan dan lain-lain:
kalau tidak dihukum atau didenda orang yang membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian;
pembunuh itu telah dihukum gantung;

2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju:
hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan;

menghukumkan
1. menghukum:
sekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya;

2. menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undangnya);

3. menetapkan hukum menurut agama Islam (seperti halal, haram, mubah, najis, sunat, dan sebagainya);

4. [sastera lama] memerintah (negeri, rakyat, dan lain-lain):
menteri itulah yang ~ empat puluh menteri lain;

terhukum kena hukum, dihukum:
saya berasa sebagai ~ kerana terpaksa berjauhan dengan orang yang saya kasihi;

hukuman
1. penderitaan dan sebagainya yang dikenakan atas orang yang melakukan kesalahan (melanggar undang-undang);

2. keputusan yang dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dan lain-lain):
mahkamah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu;
kesalahan awam tidak akan membawa kepada ~ kesalahan jenayah;
orang ~
orang yang dihukum penjara dan sebagainya;
~ bunuh = ~ mati hukuman yang dijalankan dengan membunuh (menembak, menggantung) orang yang bersalah;
~ gantung hukuman mati dengan digantung;
~ kawalan [Indonesia] hukuman yang menyekat kebebasan bergerak (orang yang dihukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kepada polis);
~ kerakal [Indonesia] [arkaik] hukuman kerja paksa (membuat jalan, memecah batu, dan sebagainya);
~ kurungan (tutupan) [Indonesia] hukuman yang dijalankan dengan mengurung orang yang bersalah dalam penjara (bukan kerana kejahatan);
~ penjara hukuman kurung dalam penjara;
~ rotan hukuman yang dijalankan dengan menyebat orang yang bersalah dengan rotan;

kehukuman hal ehwal yang menurut hukum;

penghukum
1. orang, badan dan sebagainya yang menjatuhkan (membuat atau menjalankan) hukuman:
rakyat mengakui kuasa raja sebagai pengadil dan ~ bagi yang melanggar undang-undang negeri;

2. orang yang menentukan hukum (hal yang berkaitan dengan dosa, pahala dan sebagainya): beliau menegaskan bahawa kita pendakwah, bukan ~.

berkongsi