1. tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat:
kalau ingin kaya kita harus berbelanja dengan ~;
2. dengan penuh perhatian (minat dan lain-lain), dengan teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga:
pegawai penyelidik itu bekerja dengan ~;
kereta itu berlanggar kerana pemandunya kurang ~;
3. pemerhatian, pengamatan:
usul itu pada ~ kita bertentangan dengan semangat parti;
~ pangkal kaya, sia-sia hutang tumbuh (peribahasa) kalau hendak kaya mestilah berjimat-cermat, kalau boros pasti akan berhutang;
berhemat
1. berjimat, bercermat:
sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang;
2. berhati-hati, teliti:
amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat;
ingat sebelum kena, ~ sebelum habis (peribahasa) perlu berikhtiar dengan sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari;
menghemat, menghematkan menjimatkan, menggunakan sesuatu berdikit-dikit, memakai sesuatu dengan berhati-hati (supaya tidak rosak dan lain-lain):
kanak-kanak sejak dari kecil perlu dilatih ~ wang;
terhemat;
tidak ~ tidak terkira;
hematan perhitungan, perkiraan;
kehematan perihal (sifat) hemat;
penghematan perihal atau perbuatan menghemat.