hancur

1. pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk:
rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu;
tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu;

2. pecah berderai-derai (berkenaan (dengan) benda-benda rapuh seperti biskut dan lain-lain), relai:
biskut di dalam tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai;

3. menjadi cair, melarut, encer:
ketul ais mudah ~;
istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun seperti hujan;

4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana ditumbuk, dikisar, dikunyah, dan sebagainya):
makanan yang ~ senang dihadam;

5. [kiasan] sedih sekali, putus asa:
~ rasa hatinya;
~ hati
terlalu sedih;

6. [kiasan] rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dan lain-lain):
kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~;
negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu;

7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dan sebagainya), lenyap:
kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali;

menghancurkan
1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan:
letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka;

2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dan sebagainya);

3. menjadikan hancur (makanan):
~ makanan untuk bayi;

4. menjadikan cair, melaruntukan, mengencerkan:
bijih yang digali itu dihancurkan supaya timahnya dapat dikumpulkan;
gula itu dihancurkan di dalam air yang panas;

5. [kiasan] merosakkan, membinasakan:
perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremukkan hati;

6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dan sebagainya), melenyapkan:
perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepadanya;

hancuran
1. pecahan kecil-kecil, remukan:
sungai itu menghanyuntukan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan;

2. larutan, enceran:
sungai itu menghanyuntukan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan;

kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan:
~ rumah tangga;
~ ekonomi negara;

penghancuran perihal (perbuatan dan sebagainya) menghancurkan;

penghancur
1. sesuatu yang digunakan untuk menghancurkan sesuatu:
gigi sebagai alat ~ makanan;
mesin ~ batu;

2. orang yang menghancurkan (merosakbinasakan, memusnahkan):
dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami;
merekalah petualang negara, ~ keamanan negara ini.

berkongsi