1. berdampil (dengan seseorang), berdamping (dengan seseorang), dekat, rapat:
marilah anakanda ~ dengan ayahanda;
~ kepada mendekati;
2. tidak jauh (berkenaan (dengan) jarak, perhubungan), dekat, rapat:
Petaling Jaya bandar yang ~ sekali dengan Kuala Lumpur; 
Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampaikan ajaran Islam kepada orang yang paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 
3. kurang sedikit daripada (waktu, bilangan berikutnya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat:
carilah hingga sen yang ~ sekali bunga biasa di atas RM 760 bagi tempoh 80 hari dengan kadar 3 % setahun; 
sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ ;
~ seratus orang hadir dalam majlis itu; 
mangkuk getahnya ~ penuh dengan susu getah; 
4. nyaris, sedikit lagi akan …:
~ mati nyaris mati;
5. tidak lama lagi akan, dalam sedikit masa lagi:
sekolah sudah ~ dibuka;
~ siap dibina;
~ selesai;
~ gurun (Geografi) (kawasan, daerah) yang berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dengan gurun;
 wang ~ (Ekonomi) harta yang mudah dijadikan wang;
hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas:
masih sempat menyelamatkan isterinya yang ~ tenggelam itu; 
mereka ~ sepakat;
hampirkan hampir akan;
berhampiran = ~ dengan berdekatan (dengan), tidak berapa jauh (dr):
pulau-pulau yang ~ dengan Australia; 
sungai yang ~ dengan rumah;
menghampiri mendekati, datang mendekati, merapati:
perempuan itu datang ~ saya;
menghampirkan mendekatkan, mendampingkan, merapatkan:
maka usungan pun dihampirkan orang;
terhampir terdekat;
hampiran tempat yang dekat, dekatan;
kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dan sebagainya) hampir atau dekat dengan;
penghampiran proses (hal) menghampirkan atau menghampiri sesuatu:
 alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~.