hampar

batu ~ batu besar yang rata lagi lebar;

menghampar
1. terbuka luas, terpapar:
tanah sawahnya rata bagai tikar ~;
padi ~
pokok padi sedang tumbuh yang merata nampaknya;

2. membentangkan (tikar dan lain-lain):
~ permaidani;

3. [kiasan] membentangkan, menerangkan (dengan panjang lebar):
ia ~ soal itu di dalam mesyuarat;

menghampari membentangkan (tikar dan lain-lain) di atas sesuatu (seperti lantai dan sebagainya):
lantai pelupuh itu dihampari dengan tikar pandan putih;

menghamparkan
1. membentangkan (tikar dan lain-lain):
sehelai kertas dihamparkan untuk alas;

2. [kiasan] membentangkan, menerangkan (dengan panjang lebar);

terhampar
1. terbentang, terbuka luas:
tanah seberang itu pasirnya terlalu putih seperti kain ~;
di lantai ~ permaidani yang indah;
2. [sastera lama] bertaburan (bertebaran dan lain-lain) merata:
darah pun banyak ~ di bumi;
barang-barang mereka semuanya ~;

hamparan
1. sesuatu yang dihamparkan (seperti permaidani, tikar, dan lain-lain);

2. sesuatu yang kelihatan terhampar atau terbentang luas (seperti sawah padi, pantai, dan sebagainya):
~ sawah padi yang menguning;
~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dengan ruang yang tersusun mengikut baris dan lajur) yang dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer;

sehamparan satu hamparan:
orang Sepanyol memiliki ~ tanah yang luas dengan hak memugut pajak dan ufti.

berkongsi