halal

1. hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, dibenarkan, lawan haram:
makanlah makanan yang ~ dan minumlah minuman yang ~;
daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam;
~ nikah
dibenarkan menikahi seseorang;

2. [kiasan] (yang diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dengan jalan yang sah:
anak ~;
wang ~;

3. [arkaik] ampun, maaf, (me)relakan:
yang hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat;

4. [arkaik] izin:
menyembah minta ~lah segala pengajarannya;

menghalalkan
1. membenarkan (membolehkan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal:
adalah salah besar ~ sesuatu yang haram;
ada kemungkinan besar bahawa kegiatan tersebut yang selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan;

2. menganggap selesai atau jelas (hutang dan lain-lain):
baki hutangnya itu sudah dihalalkan;

kehalalan perihal (sifat, taraf, dan sebagainya) halal:
kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yang kita makan itu akan menjadi haram;

penghalalan perbuatan dan sebagainya menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah:
Marx mengambil ideologi borjuis sebagai satu gambaran sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa.

berkongsi