gaduh I

1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dan lain-lain):
petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah;

2. pertengkaran, perkelahian;
membuat ~
a) bertengkar, berkelahi;
b) membuat bising (gempar);

3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram:
hampir setiap hari ia ~ sakit saja;

bergaduh
1. berkelahi, bertengkar:
baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dengan orang itu;

2. membuat gempar (bising):
orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dengan sengitnya;

3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau:
kalau bangsa-bangsa dalam negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;

bergaduhan saling bergaduh:
kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;

menggaduhkan
1. = menggaduh, mengacau (kan), mengganggu:
orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin;

2. mengkhuatirkan, merunsingkan:
perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;

kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;

pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan.

berkongsi