duka

(perasaan hati yang) susah atau sedih, dukacita:
jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah;
~ lara
= ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat;

berduka = ~ hati bersusah atau bersedih hati, berdukacita:
dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~;
dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya;

berdukakan [sastera lama] berduka kerana (akan), bersedih (bersusah) hati kerana (akan), menderita (menahan) duka:
mana ~ negeri ditimpa kemalangan dan mana pula bersedihkan permaisuri yang sedang gering;

mendukakan menyebabkan timbul rasa duka, menyedihkan (menyusahkan hati, mendukacitakan:
sikap angkuh Ahmad terhadap orang tua itu sungguh ~ hati ibunya;

kedukaan
1. perihal (sesuatu) yang mendukakan, kesedihan, kesusahan hati, kedukacitaan:
pada pemandangan patik ada juga sesuatu ~ tuanku;

2. [arkaik] dalam perkabungan, dalam kesedihan.

berkongsi